KUALA LUMPUR: Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
Bernama kali terakhir berhubung dengannya pada Februari apabila beliau tiba di negara ke-32 di Kingston, Jamaica, menunggang motosikal kesayangannya yang diberi nama "Parameswara".
Sejak itu, pesara juruelektrik ini telah merentasi banyak negara di Amerika Selatan, Belize, Guatemala, El Salvador, Honduas, Nicaragua, Costa Rica, Panama dan Colombia.
Dalam perjalanannya di benua itu, beliau mendapat layanan mesra, berpeluang melihat pelbagai budaya, mengambil bahagian dalam sukan ekstrem dan menikmati pelbagai masakan.
"Kisah dan gambar beliau dari Amerika Selatan memberikan perspektif baharu kepada rakyat Malaysia, mendedahkan keindahan alam semula jadi, kebersihan dan keselamatan benua itu. Panama gah dengan pembangunan, sementara Colombia dan bandar Medellin, sering disalah anggap melalui laporan berita mengenai kartel dadah, adalah negara yang bersih, menakjubkan dan selamat.
Menceritakan perjalanannya sejak temu bual terakhir, Katiravan berkongsi bahawa beliau telah sampai ke negara ke-40, Colombia, menunggang motosikal berkuasa besarnya, BMW R 1200cc GSA ke bandar Medellin.
Di samping misinya untuk menyebarkan kesedaran alam sekitar, Katiravan telah berjaya menanam 66 pokok di seluruh negara yang dilawatinya, menekankan kepentingan kehidupan lestari dan menambah lebih banyak pokok ke planet ini.
Seiring dengan misinya untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar, Katiravan telah berjaya menanam 66 pokok di negara yang beliau lawati, menekankan kepentingan kehidupan lestari dan menambah lebih banyak pokok kepada planet ini.
Menerusi perkongsian gambar dan video menarik bersama Bernama, beliau telah membuka mata tentang keajaiban benua yang kurang dikenali oleh rakyat Malaysia, mencetuskan rasa ingin tahu dan keterujaan.
Apabila ditanya mengenai kenangan manis kembara globalnya, Katiravan berkata: "Paling menyeronokkan berpeluang bertemu dengan individu yang peramah dan sentiasa bersedia membantu serta dapat menikmati pelbagai juadah masakan."
"Ramai yang saya jumpa tidak tahu mengenai Malaysia, tetapi melalui aplikasi Google Translator, saya boleh berkongsi keindahan tanah air saya," katanya.
Katiravan mengakui peranan kecerdasan buatan (AI) dalam merapatkan halangan bahasa dan memudahkan komunikasi merentasi benua.
"Teknologi AI telah membantu mengatasi jurang komunikasi antara manusia dari pelbagai bahagian planet ini," katanya.
Sambil menikmati pengembaraan gastronomi di luar negara, Katiravan mengakui amat merindui masakan Malaysia.
"Makanan sepanjang perjalanan memang menarik, tetapi saya rindukan sajian istimewa Malaysia seperti rendang ayam, asam pedas dan nasi lemak."
Bagaimanapun, mencari makanan yang menepati seleranya adalah lebih mudah daripada yang dijangkakan oleh Katiravan, kerana beliau menemukan pelbagai restoran India sepanjang kembaranya. Malah beberapa kedai tempatan menyajikan nasi dan kari, memberikan variasi yang menyenangkan.
"Nasi mungkin ada di mana-mana, tetapi rasa pedas itulah yang membangkitkan kenangan di rumah," katanya.
Dalam usahanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu alam sekitar, Katiravan mendapat sokongan meluas orang ramai yang ditemukannya.
"Ramai yang saya jumpa menyokong isu itu dan menyatakan keprihatinan mereka terhadap alam sekitar dan mengakui kesan pemanasan global. Sokongan mereka tidak ternilai," katanya.
Pada Isnin, Katiravan dan enam penunggang motosikal lain dari Colombia menanam tujuh pokok di puncak bukit yang dikenali sebagai "Taman Kebajikan Keluarga" di Medellin.
"Rancangan awal kami hanya menanam tiga pokok, ketika kami menanam pokok itu, jiran-jiran meminta kami menanam lebih banyak pokok dan sanggup mengeluarkan belanja. Sungguh mulia mereka.
"Apa yang menariknya, acara itu telah mendapat penyertaan dan sokongan daripada murid-murid sekolah tempatan. Semasa saya bercakap dalam bahasa Inggeris, penunggang motosikal lain menterjemahkan kata-kata saya ke dalam bahasa Sepanyol," katanya mengenang kejayaan misi itu apabila turut disertai pemimpin kumpulan alam sekitar tempatan, Steven Pa Buena bersama pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Walaupun berada beribu-ribu kilometer dari Malaysia, Katiravan tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada masyarakat Islam yang meraikan hari lebaran itu.
Beliau turut menekankan aspek keselamatan jalan raya, mengingatkan masyarakat agar memandu dengan berhati-hati kerana kepulangan mereka amat dinantikan keluarga.
Kembara solo Katiravan bermula pada awal Januari 2023 dari Malaysia dan matlamatnya untuk mengembara ke-106 negara di seluruh dunia bersama jenteranya, "Parameswara".
Komitmen beliau untuk menyebarkan kesedaran mengenai pemanasan global dan mempamerkan keindahan Malaysia mendorong beliau memilih perjalanan darat.
Bertujuan untuk membuat perbezaan positif untuk hari esok yang lebih baik, Katiravan juga bertujuan untuk mempamerkan dan mempromosikan keindahan alam semula jadi Malaysia sebagai negara majmuk berbilang kaum yang hidup aman dan damai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Kembara solo Katiravan bermula pada awal Januari 2023 dari Malaysia dan matlamatnya untuk mengembara ke-106 negara di seluruh dunia bersama jenteranya, "Parameswara".
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.